Sunday, November 22, 2015

Sister-In-Law

Assalamualaikum gais!

This post is specially for my brother. Tahniah long, dah selamat diijabkabulkan. Hahahaha cerita dia abang aku kahwin, 30/10/2015. "Baru sekarang kau nak cakap tahniah cahhhh? Baru sekarang?!" Dah nak dekat sebulan dah.


dah lah tak dapat balik masa along kahwin T_______T

Masa along kahwin tu, hari Jumaat. Yelah, hari Jumaat kan Johor cuti. KL mana cuti. Sebab tu lah tak dapat nak balik. Bukan sengaja pun tak datang majlis along.....tapi ada juga lah terpikiaq nak ponteng kelaih. Tapi disebabkan attendance 100% dan aku bakal di-barred daripada exam kalau ponteng, maka aku pun batalkan niat. Tanya senior-senior, macam mana cara nak buat surat. Diorang semua kata banyak procedure. Lagi lah tambah-tambah sedih. Huk huk......

Hari khamis tu, sehari sebelum along kahwin, maka mulalah adegan drama yang menyayat hati *sobsob*


Tipulah kan kalau abang dah cakap macam ni, tapi engko tak sedih lagi haaaaaaa

Tapi nak buat macam mana kan, hm......seronok sangat dengar adik adik cerita semua ada time majlis. Atok, nenek, pakcik, makcik, sedara, sepupu sepapat, yang bau bau bacang semua yang aku pun ada tak kenal, semua datang haaaaaaaaa time bila lagi nak kumpul reramai macam tu. Kena tunggu turn aku pulak lah. #EH?


Tapi, sebagai seorang mahasiswi (aicehwah!), aku pun menyedapkan hati sendiri. "Takpe, seminggu je lagi....." sebab seminggu lepas along kahwin tu, aku akan cuti mid sem. Haaaaa time tu nak duduk rumah lama sikit pun takpe. Takde terkejar-kejar nak balik Cheras semula :')


So, itulah cerita seorang adik yang tak dapat menghadiri majlis abangnya.

Cuma nak cakap dekat sini,

Tahniah along dan kak mas! Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Hehehe semoga tabah dalam setiap ujian yang bakal korang tempuh bersama. Ok?


Sekian.

Assalamualaikum.


Nah belanja gambar sekeping


(diambil tanpa izin. Ampunnnnn hahahahaha)


Tuesday, November 10, 2015

Header baru

Assalamualaikum.


Saja je nak tunjuk header baru


Tengah cuba cuba pakai Photoshop, pasal kalau tak pakai selalu nanti confirm lupaaaaaa hahahahaha

Dekat header ni, semuanya aku just guna benda basic je. Transparent kan background, guna text, tambah BO sikit. And, that girl with red hijab.......of course lah bukan aku yang buat. I just googled it. And the credit goes to the owner which I don't know who. I'm sorrrrrrrrrrrry >.<

Ok dah, tu je

Bye, Assalamualaikum!

Kawad SUKEM

Assalamualaikum!

Hai semorang........

Pejam celik pejam celik, dah cuti mid sem dah pun aku ni. Dah dua module dah aku belajar.......Dah dua bulan dah aku dekat UKM tu. Cehhhhh cakap cam dah lama je en, tapi macam tak sedar pun. cepat je dah dua bulan. Nanti tiba-tiba je dah pakai jubah merah (Amin) hahahaha

Memandangkan aku tengah free sebab tengah cuti, maka nak update lah belog ni. Rindu sebenarnya nak bercerita :')

Haritu aku masuk SUKEM ( Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia). Dengar macam hebat je kan, tak-tak aku tak masuk pun olahraga, ke acara padang macam time dekat sekolah menengah dolu-dolu. Zaman Kegemilangan dah habis. Semenjak dah habis sekolah tu, lari sikit je pun aku dah pancit. Hahahahaha nampak lah pemalas nak prektis. Aku masuk kawad kaki je. Hahaha pada aku team kawad KTDI macam rileks, macam sempoi, takde pressure....tu yang masuk tu. 

Dekat sebulan juga kitorang prektis. Rasa macam lama kan? Tapi kejap je sebenarnya sebab kitorang cuma prektis dua kali seminggu. Itu pon dari 9-11 malam. Ye, korang tak salah baca. Memang kitorang prektis malam. Best kan? Muka pun tak sunburn. Tak payah susah susah beli sunblock. Hiks


Nah, belanja gambar sikit




Time ni dah habis dah perform dekat depan.

Cuak jugalah masa perform tu sebab dengan bising lagi. Aku tak dengor sangat apa komander cakap. Aku follow je dak depan hahahahahaha kalau salah tu pepandai ah cover, tapi nasib baik aku punya position dekat belakang


Dapat jumpa Mayaaaaaa lagi! 

Team Maya lah dapat no 1, KIY atau The Highlanders. Sebab kolej diorang dekat tempat paling tinggi katanya. Tu yang dapat nama macam tu

Team aku??? Kitorang pun not bad ok. Dapat third place, Alhamdulillah. We did our best. Hehehe tapi belum ada rezeki dapat first place kan


Taktahu kenapa, tapi aku paling kesian dekat mascot Tupai. Aku yang cuma pakai jaket tu pun dah kepanasan nokmateyyyy, lagi lah nak kena pakai mascot. Memang dehydrated habis ah, tak payah joging seminggu. Cukup pakai mascot sahaja. Hahahaha

Thank you, Tupai! Aku rasa tupai main peranan juga lah, masa kitorang buat performance tu, ada "Krik krik" moment kejap bila sepatutnya lagu kena play, tapi tak play. Si tupai ni lah dok buat lawak dekat depan, dengan aku aku sekali gelak dekat belakang.



#KTDIPerform 
  #GengMailLejen  
   #TupaiCokelatKiut   

Ini semua Syazeeeee punya hashtag hahahahahaha

Thank you guys bagi moments best best sepanjang kita prektis semua ni. Thank you juga geng-lepak-lepas-habis-kawad! Thank you Syazeeeeee! Maafkan salah silap, jumpa lagi tahun depang, in shaa Allah :D



Tunggu naik cuti mid sem, kita makan BBQ pulak yer hehehe

Assalamualaikum :)



Monday, October 12, 2015

Random post

Assalamualaikum



This is just a quickkkkk and random post. Harini aku ada End of Module (EOM) test for cellular biomolecules. A week before the EOM, I have started reading all the lecture notes, try to recall all the things that Dr. told me, and start study group with my friends


Everytime kitorang discuss, aku punya tahap blurrr tu macam aku tak pernah belajar tau. Quite stressing lah actually.....tapi salah sendiri juga. Hahahahahahaha So bila stress ni, hati gundah sikit. Makan tak kenyang, tidur tak lena mengenangkan EOM, (EOM baru, belum EOS lagi. Phew) and aku takleh imagine sebenarnya paper EOM tu macam mana. I mean macam mana jenis questions yang dia akan tanya, macam mana nak jawab semua tu lah. Sebab kitorang bukan ada buku latih tubi macam zaman sekolah dulu. Hahahaha

Lepastu, sebab stress sangat, mengadu dekat ayah mama dekat ws. Ayah pun call. Of course, cakap dengan diorang buatkan hati rasa lagi tenang. Rasa macam beban tu hilang sekejap. Dengan dengar riuh adik-adik dekat rumah lagi :')

The night before EOM, aku tidur pukul 9 kot, like awal gila sebab aku dah melantakkan apa nak jadi. Fail pun fail lah. But then, masa tido tu, I had a dream. Allah bagi petunjuk....I don't know how to describe the dream though. Tapi after bangun jeeeeeeeee, SEMANGAT tiba tiba macam terbakor. Even dah last minute, aku still habiskan mana yang belum habis, hafal mana yang belum hafal.

And masa aku masuk dewan...aku rasa tenang je. Nak kata dah 100% ready and semua soalan boleh jawab tu, tidak. Tapi rasa macam dipermudahkan segala urusan. What I wanted to highlight here is...kita ni no matter time susah or senang, minta bantuan pada Allah, minta mak ayah restu....mana tahu kita ada buat salah dengan diorang secara tak sengaja.



(Walaupun aku takleh jawab eom macam orang lain) Aku rasa bersyukur first eom dah habis hahahahaha Paling best lagi, patutnya kelas habis pukul 5, boleh pula cancel. So pukul 1 dah habis. Balik tuuuuuu hujan lagi, MashaAllah bahagia nya hidup. Tidur petang rasa macam tidur dekat Cameron, sebab sejuk Hik hik





Thank you, Allah



Assalamualaikum korang :)

Tuesday, October 6, 2015

INTROBUD

Assalamualaikum and hai engkorang semua
Kita sambung cerita semalam eh. Ingat nak update malam tadi, tapi cambiasa.......kekangan masa :p

Haritu (19&20 Sept 2015), kitorang ada program anjuran PERSIAP UKM. Nama program tu--- Introbud which is Introduction to Buddy (I guess) hahahahaha......Apesal nama program ni sampai dekat aku je dah jadi macam tajuk modul pembelajaran je ni? Sebenarnya program tu dia nak kenalkan kita pada buddy line kita. Buddy ni macam akak senior yang akan bantu kita dalam apa apa segi ah, cam belajar ke. Ha apa lagi ha....? Em kalau perempuan akak lah, kalau lelaki mestilah abang senior yang tolong diorang.

Dua hari program berlangsung, and masa hari first tu best jugak ah. Ada prof sampaikan talk macam tu lah. I thought it would be super boring weh. Tapi takkkkkkk, prof tu best. Serious! Aku tak tido pun tauuuuuu waktu dia sampaikan talk tu (sila percaya)

Lepastu second day tu explorace. Sepanjang tiga minggu aku dekat UKM Cheras, aku taktahu lah itu explorace kali ke berapa dah. Time MMM lah, time PPD lah. Time MMM shj dah dua kali explorace phewwwww kental juga kami-kami ni hahahahaha Tapi best ahhhhh. Bagi input and have fun at the same time. Worth it tahu?! Takde lah berat sangat hati ni korbankan waktu hujung minggu aku hahahahaha

Masa explorace tu lah aku belajar CPR, awwwwwww aku memang jakun sikit buat benda first time ni. Lepastu lagu Varsiti Kita yang aku tak pernah hafal tu pun ehhhhhhhhhh tiba tiba je terhafal xD

And paling best time akak abang fasi ni semua acah marah ngamuk dekat kitorang. Dia cakap kitorang ni lemau, takde semangat, semua anti-sosial. Ha hamek kau...phone semua kena letak tepi, lepatu pergi ke tempat parking kereta di bawah SINARAN MENTARI MENYINARI *insert lagu Sheila Majid* Ingat nak jemur kitorang ke apa. Jakgi nak simbah kitorang dengan ayaq dengan tepung. Ingat sweet lahhhhhh? Hahahahaha gimik je tau diorang ni


But, sadly....aku tak amik gambar pun time tu hahahaha 

And malam hari kedua tu lah paling penting and special senanya. Dinner Introbud bebeh, buat dekat Dectar. Tema dia Old is Gold, boleh tahan ah, semua pakai baju tepati tema aku tengok. Ada yang pakai ala ala bujang lapuk. Ha dah alang-alang dekat Dectar tu, amiklah bau dewan tu sikit. Nak graduate dekat situ kan nanti (In shaa Allah amin!) Masa sampai tu je, kitorang daftar. And dia bagi ni




Diorang kata, buddy kitorang akan dapat the other half. So, nanti kita lah pergi cari diorang. Sweet angat tauuu hahahahaha

So far, memang aku enjoy lah malam tu. I mean, the dinner went well. Makanan sedap! Sedap gila. Puas hati. Plus dapat dessert lagi. 


Muko-muko bahagia dapat makanan sedap baq hang


Ha after makan-makan and persembahan apa semua tu, barulah kitorang ke last tentatif which is cari buddy masing masing.

Aku nak cari buddy aku takde ah susah mana. Sebab jodoh kan, selang semeja je dengan meja aku hahahaha. Aku baru nak acah acah buat explorace dalam Dectar. Satgi baru bangun, terus jumpa hehehehe


So...................................



Inilah buddy aku. Dari sabah bah hehehe




Buddy line aku semua nama aisyah. Cuma spelling je lah beza beza sikit hehehe Tapi so far aku baru jumpa buddy second and third year je. Belum ada kesempatan nak jumpa yang fourth dengan fifth year.

Ha, yang kecik kecik comel comel pakai baju kuning tu lah buddy third year. Hiks


(sorry gambar gegar, Tak reti dok diam)

Lepas habis borak borak dengan buddy, so tamatlah program. So, mulalah resah kami sebagai student yang MES tak siap, dengan PBL tak start lagi. Kah! Ha time balik tu, sempat juga amik gambar. Sebabkan amik gambar ni lah....kitorang jadi orang terakhir naik bas, makanya bas dah penuh time tu. Duduklah kami dekat lantai bas sambil berhuhuhu


Gadis-gadis. Acehwahhhhh










Thank you pada semua yang buat program. Best! Hehehehe


Ok dah tu je. Jom sambung baca DNA replication. Hahahaha

Assalamualaikum :)










Monday, October 5, 2015

Comeback. Hiks

Assalamualaikum

Hai guys! Wow, it's been quite long lah since I last updated this blog. Nak cakap busy tuuuu, acah je tu. Baru first year kot. Tengok jadual pun banyak kosong je, takde banyak kelas pun hahahaha Cuma iolls kan rajin sangat sibuk hal orang tu yang asyik tak sempat je :p

(Ya Allah, kurniakanlah aku kerajinan utk update blog selalu. Amin!)


Ok nak start dari mana ni?

Start dari mana ehhhhh? *sambil ingat event apa yang jadi sepanjang aku tk update blog ni* Setelah kerutan demi kerutan di dahi ni, kita start dari

. . . . . .  .

. . . . .

. . . 


program IM4U lah kot. Tp nothing much lah about IM4U.....banyak gambar je. Basically, kitorang just gotong-royong bersihkan kawasan KTDI2 je. 

Ha nah, makan gambar gambar ni hahahahaha









The last gambar ni, semua dengan senior senior dari Johor. Kekekeke

Basically, semua gambar tu time kitorang dah habis gotong royong. And, kitorang lah first group yang habis dulu. Eh tapi kitorang buat kerja sampai habis hoccay. Group lain je yang rajin sangat sental lantai dinding sampai kilat. Ha muka time gotong-royong takleh letak sini. Pasal muka tengah rajin kan.....

Ha       ha     ha    ha. . .

Lepatu kan, ada orang kata baju tu macam baju cleaner, aishhh kecik besaq kecik besaq je aku tengok dia tau. Oh btw, mask kitorang pakai tu sebab jerebu teroxxxx gak time tu


Program IM4U ni the very next day after kitorang balik dari Kem PPD, dengan penat-penatnya semua tu...kami gagahkan juga untuk gotong-royong hahahaha

Ok, move to next setoreyyyyyyy, ha aku masuk perbarisan as wakil KTDI2 untuk Hari Malaysia haritu. Tema dia apa tah aku pun dah lupa hahahahaha. Kitorang takde lah menang tempat, but we won an award though.....and again aku lupa nama anugerah tu. Tapi ada macam harapan harapan gitu lah. Kira ok lah tu kan. Kan? Kannnnnn???! Pasal aku tengok kolej lain, diorang memang deserved untuk menang ah. Lelawa lah...diorang punya baju, props semua tu. Takpe takpe.....kitorang kolej baru kan. Ceh (pikir positif)









Bawah sekali ni gambar dengan Mariatul Kiftiah, kawan dekat Matrik pahang dolu dolu. Kenal time LDK. Waktu jumpa dia ni, mahu jerit sampai gegor satu stadium (hiperbola). Yelah pasai lama daaah tak jumpo ken. Hehehe

Dah tu je kot yang jadi hahahaha. Yang lain tu aku update malam nanti kot in shaa Allah hahahahahaha


Assalamualaikum :)

Thursday, September 17, 2015

First Anatomy class

ASSALAMUALAIKUM!!!!!



Ok ok, I'm so excited rn. What I am gonna tell you is something that just happened. Memang freshhhhh gila. Aku baru balik dari fakulti and here I am straight to the laptop. Just to share what I was going through just now hahahaha

Cerita dia mula macam ni, pagi tadi before pergi kelas....aku tak tengok jadual untuk kelas petang. And time tu dah keluar bilik, so malas sikit nak masuk dalam bilik semula tengok jadual. So aku tanya kawan aku petang ni kelas dekat mana. Lepas dia cakap kelas dekat mana, aku just "Ohhhhh" without thinking anything

Masa lunch tu kawan aku tanya.....

*yang bold tu kawan aku, yang Italic tu aku yang jawab*

"Aisyah, kau dah tahu ke kau kumpulan berapa?"

"Kumpulan untuk apa ni?"

"Untuk kelas petang ni lah...."

"Ohhhh belum lagi, ada list tak?"

"Nah" *sambil tunjuk gambar list kumpulan*

"Oh aku Kumpulan A, troli 4"

"Petang ni kelas untuk kumpulan A, kitorang semua kumpulan B, B takde kelas petang ni"

Okkkk fine.....bestlah korang takde kelas kan.

***********************************************************

Datang seorang lagi kawan dekat aku tanya 

" Aisyah, kumpulan berapa?"

"Kumpulan A, troli 4" and at that moment baru aku macam....."Weh kenapa dia pecahkan kita pakai troli?"

"Oh kau taktahu ke? Troli tu mayat lah"

JENG JENG JENG!

Aku punya heartbeat macam stop for a second. Kah! Are you kidding me? Harini first day of the first class of the first semester kot. Takkan this fast kena buat semua tu? Aku ingat dia main main. Because as far as I know, the mayat is very precious, bukan senang nak dapat. So, takkan senang senang kita boleh bedah bedah mayat


Rupanya memang betul. Aku masuk Dissection Hall and terus pergi ke Troli 4. And memang ada mayat. Dia bukan mayat yang baru meninggal tu. Dia mayat yang dah diawet. Tapi dia still look real tho. Tak nampak macam patung. (Apende lah kau cakap ni cah, dah memang tu mayat betul, memang lah nampak real =.=') Lepatu, kitorang tak perlu pun bedah mayat tu, waktu dibagi pada kitorang memang dah siap kena dissect. Aku dah cuak ingat kitorang kena dissect sekali mayat tu hahahaha  After Dr. Fairuz explained, kitorang start to discover what's in the body. Aku ok je waktu masuk tu, ceh acah acah chill. Yelah, takkan nak takut pula. Benda tu yang memang aku akan hadap for the rest of my life kan if aku jadi doc In shaa Allah (Amin!)

But, the most important thing, memang Dr. Fairuz suruh berhati-hati while handling the bodies because they are delicate! Bila tgk real bodies ni, baru tahu the actual position and shape of the organs. How they looked like. Besar mana jantung, panjang mana usus besar kecik semua tu. I was too excited...that's why aku balik je terus cerita. Nice experience lahhhh. Serious! 


And of course lah, we're not allowed to take pictures. Hehehe just nak share what I was going through just now je. Sangat best! And I'm sure banyak lagi benda yang akan kitorang hadap nanti 



THE END

Byeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)

Saturday, September 12, 2015

KEM PPD UKM

Assalamualaikum gais and gurls!

Dekat dalam previous post kan aku ada cakap nak cerita pasal Perang Dectar. Tapi, video kami buat cheers tu takde. So, nak cerita macam tak syiooook gittew! So, cancel lah pasal Perang Dectar. Biar lah dia disimpan dalam ingatan cewahhhhh


So, ganti cerita dengan Kem PPD. PPD stands for Personal & Professional Development which is program wajib bagi semua student medik UKM. Untuk tahun kitorang, dia buat kem PPD ni dekat Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka. Kem tu kejap je, dari 9 Sept-11Sept. Kem ni dah start dibuat since 2005. Dah banyak tempat dah, Ada tahun tu buat dekat Negeri Sembilan, ada yang dekat Terengganu. Nasib baik aku punya dekat Melaka je so takde lah jauh sangat kalau lalu highway. Penat kot minggu lepas ada MMM, and minggu ni ada kem pula. Haaaaaaa



Ha ni lah muka muka yang sama sama gerak dari KTDI 2 pergi ke Asrama Jururawat. Jauh weh. Patah bahu bawa beg berat berat hahahahaha

Kitorang sampai melaka around 11.45 pagi macam tu lah. Yang bestnya pasal tempat kem kitorang tu, tidur dekat sana pakai AIRCOND BEB!! Aircond! Dekat kem kot, biasanya dekat kem kan pakai kipas. Makanya, malam tu semua tidur dengan aman dan sentosa 


About input dan aktiviti dekat Kem PPD tu so far aku rasa tak lari dari objectives lah. Sebab dalam kem ni kitorang didedahkan dengan apa tujuan kita nak jadi doktor? Lepastu macam mana life as clinical student nanti. And banyak lagi ah. Dia macam bagi kita preparations gittew so nanti takde lah masing masing (aku terutamanya) akan culture shock kan. Kah!


So, this is my Small Group Discussion (SGD) and yang paling tinggi tu lah our fasilitator, Dr. Fairuz Yahya


I really really reaaaaaaaaaallly hope that we can get along with each other through this one semester :)


Batchmate aku 2015/2016 (dengan tak move on lagi daripada pakaian rasmi baju biru and tudung putih xD)
And......kalau engkorang power. Carilah aku yang mana. Hahahahaha


Oh yeah lupa pula......sehari sebelum kitorang pergi Kem PPD ni, kitorang semua kena tengok movie Patch Adams. Cerita tu best and banyak good values dalam tu (except the last scene. Jangan engkorang buat time graduation day sudah. Hahahahaha)

Overall kem ni best lagi lagi dengan kem komandan yang sporting, Dr. Syamsa! " Baiknyerrrrrrrrrrrrrrr komandan" 4 harakat tauuuuu

Byeeeeee, Assalamualaikum! 


Sunday, September 6, 2015

ONE SEPTEMBER

Hai. Assalamualaikum!

So, I am officially student of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulillah, everything went well so far (sebab belum start kelas lagi) Hahahaha kalau dah start kelas, I don't know what will happen, since I asked one of my senior....dia cakap "Kau akan fikir untuk give up je lah". Ayat ni scaryyyyy weh, menghantui hidup aku untuk beberapa jam. 

Ok habis. Kita cerita pasal the first day aku dekat sini dulu eh. Memandangkan Johor-Cheras takdelah jauh mana sebab kan ada highway (kalau nak dibandingkan masa matrik dulu Johor-Gambang lagi lama and takde highway hahaha) so, my parents decided nak pergi pagi tu. Pukul 6.15 mcm tu, dah keluar rumah and arrived UKM Cheras around 10.30, waktu pendaftaran pulak pukul 11 pagi. 


Oh lupa nak cakap. Aku taktahu lah since bila, tapi medic untuk tahun 1 dan 2 dah digabungkan sekali dengan medic tahun 3,4 dan 5. Kalau tak sebelum ni memang medic first and second year dekat UKM KL. Lepas dah daftar tu, pemudah cara (PC) suruh letak barang apa semua dekat Kolej Tun Dr. Ismail 2 (KTDI 2). Yeah, my new "home" for another two years hehehe Bangunan dia cantik lagi, sebab katanya aku batch kedua yang duduk sini. Semua barang memang in good condition. Plus, bilik pun luas. 

Untuk minggu orientasi kitorang, it known as Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Nama pun minggu orientasi kan....confirm lah penat. Aku rasa dalam seminggu tu, cuma waktu first day je tak tido lambat. PC-PC lepaskan kitorang around 11.30 pm macam tu. Tapi hari hari seterusnya tu memang kalau belum jejak  pukul 2 lebih mmg belum tido lagi lepastu 5.45 pagi dah kena kumpul semula. Memang penat, penat gila! Tapi aku tahu, bukan aku sorang je yang penat hahaha

And untuk minggu orientasi, kitorang tak buat dekat Cheras. Hari kedua tu kitorang kena pergi UKM Bangi. And aku duduk dekat Kolej Pendeta Za'ba, kolej atas bukit. Kitorang pernah kena balik jalan kaki and daki bukit tu waktu slot Eksplorasi Kampus T.T


So far, I had fun lah sepanjang MMM sebab PC yang best best, group LDK yang masuk air hahahaha itu je kot untuk setakat ni. And I will make a special post of Perang Dectar, sebab this is the first time aku experience benda macam ni kot. Surely, benda ni yang akan aku paling ingat sepanjang MMM


So, done for MMM! Today is Sunday and let's have fun before class started. ("Fun" yang aku maksudkan ni ialah jom qada balik tido) Hahahaha

Nah gambar time Majlis Penutupan




Try to find me in these two pictures above!


That is me, right in front of the laptop hiks




Bye-bye, Assalamualaikum! ^^

Thursday, August 27, 2015

Present? For me?

Assalamualaikum!

Ehem ehem, harini special sikit. Sebab post ni khas untuk "someone"

Ceghita dia mula macam ni, semalam malam tengah aku baring sambil memikirkan segala dokumen nak masuk uni yang tak settle lagi (tipu je) tiba-tiba ada orang waksep. Terkejut juga, kenapa dia waksep tetiba ni? 

Bunyi dia macam ni....

"Assalamualaikum aisyah sayang..aisyah awak suka warna apa?"
*tiada penambahan dalam teks diatas hehe*

Jadi aku pun pung pang pung pang, dia terus hilang. Tiba-tiba dia muncul tanya soalan lain pula

"awak ada some words or quote yang awak minat?"

Terus aku blank. Rasa dia macam kena jawab sepiem buat kali kedua. Hahahaha aku ni hidup takde pun pegang pada satu-satu quotes/ayat pembakar semangat/seangkatan dengannya. As long as apa yang orang pernah cakap ke nasihat ke kat aku yang menusuk kalbu (acehwah) ha, kata-kata tu lah yang aku simpan dalam dalam dan pasakkan dekat otak. Tapi takkan lah nak senaraikan semua tu. Kesian pula dekat si penanya. Hehehe 

Ok back to topic, conversations kitorang berhenti setakat tu je. Tergantung hahahaha (aku ni macam cikgu bm tengah bagi komen dekat pelajar dia pasal karangan pula) Esoknya, which is harini lah....

Dia waksep lagi. Ha kalini aku bagi screenshot ok........ 



Yeah, cik mizah ni lah someone yang aku dok ceghita tadi! Pagi-pagi lagi dah buat kita tersengih macam kerang busuk. Yelah, birthday next month....tiba-tiba dapat hadiah awal. Kekeke

Aku tak minta pun dia buat, dia buat tanpa pengetahuan aku. Patut lah malam tu I can sense ada something yang mizah nak buat hahahahaha sweet sangat tau dia ni :')

To Hamizah Idgihat

Thank you for the header and watermark that you have made for me. And also, your doas and kind wishes. Serious terharu, tak tipu! Semoga jumpa lagi. UTM Skudai dengan rumah kita dekat je wak. Hahahaha

And here we go. The old header yang simple namateyyyy


Andddddd......

Blog, Henshin!


As you can see for now hehehehe

That's all for now. Assalamualaikum :)


p/s: The quote yang mizah tanya tu, aku tak mampu bagi jawapan. So, aku  cakaplah "Minta maaf mizah, takde yang spesifik. Tell you already, I am complicated" and she quoted it instead hahahaha



Thursday, August 20, 2015

Road to Degree

Assalamualaikum, 

Few days ago, semua student Matrikulasi, Asasi and yang seangkatan dengannya baru je dapat result upu. Ha two days before Muhsin lah. UPU keluar 11 Ogos and kitorang pergi Muhsin tu 13 Ogos hehehe

Result keluaq pukul 12 tengah hari, tapi pukul 4 baru aku dapat check sebab tengah kerja. Bukan time kerja tu tak boleh check tapi takut nanti dapat result tetiba sedih ke apa ke tak pasal pasal emosenel dekat tempat kerja pula. Haaaaa potong gaji! Masa check tu, takde perasaan langsung, mungkin sebab tak mengharap mana mana uni pun. Tapi, bila dapat je mesej dari incik 15888, aku baca sampai "Tahniah, ......" lepatu cecepat matikan. Tak ready mungkin (takut kecewakan mama ayah sebenarnya)


Then few minutes later, dah gain segala kekuatan yang ada (ceh), aku pun buka lah. Andddddd Alhamdulillah. Dapat pilihan pertama. Syukur sangat sangat! Alhamdulillah mama ayah pun suka :')




Tadaaaaaaa

Minta maaf awal awal, gambar tu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar berkongsi kegembiraan je. Pisyooooo! 

Korang semua doakan lah aku mampu buat ya. Doa aku mampu tamatkan pengajian dengan jayanya dan memberi kebaikan kepada ummah in shaa Allah! Tinggal seploh hari je lagi ni dekat rumah. Bakal rindu zaman zaman baru habis matrik dolu huk huk


Untuk kawan kawan lain, classmates, roomates......tahniah untuk korang semua juga ya. Belajar rajin-rajin nanti walaupun kita  tak dapat satu uni T^T


p/s: Sedekahkan al-fatihah buat mak angkat saya yang telah meninggal dunia pada malam saya dapat result ni. Belum sempat bagitahu dia pun. Al-fatihah :'(

Wednesday, August 19, 2015

Muhsin

Assalamualaikum


Haritu aku ada join satu program ni. Nama dia Mukhayyam Ukhwah sahabat Yadim (Muhsin) negeri Johor.  Mukhayyam tu dalam bahasa arabnya, ha kalau dalam bahasa melayu nya kita panggil perkhemahan. 

Mula-mula aku excited sangat tau nak pergi sana, tapi bila makin dekat tarikhnya makin risau pula. Yelah mana taknya, dalam banyak banyak peserta tu.....aku rapat dengan sorang je. Kang ada aku ikut  je dia pergi mana mana. 

Tapi bila dah jumpa dengan dia orang semua, Ya Allah macam satu family tauuuuu. Padahal baru kenal. Takde pun yang sombong ke yang bajet bagus ke. Semua nya hebat hebat, dan of course lah banyak ilmu yang bermanfaat aku dapat dari depa semua (terima kasih hehe)

Paling aku suka dan aku pasti peserta lain pun suka mestilah tak lain tak bukan lagi masa...Jungle Trekking. Ya Allah, sejak balik dari matrik haritu, tu lah impian aku. Ceh impian sangat hahaha. Teringin nak panjat gunung ha lepastu dekat kem ni dapat panjat panjat gunung. Memang seronok gila ah. Keluar keluar dari hutan tu terus nampak Laut China Selatan. Alamak, jatuh hati dengan ciptaan Allah....lawa sangaaaaaat!

Ha masa nampak laut tu, Ust Rasyid ada mentaddabur alam tentang laut yang terbentang luas depan kitaorang time tu.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah  Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami      tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
             -Al-Kahfi, ayat 109-

Itulah antara ilmu yang aku dapat dekat sana. Nak cerita semua tak cukup ni hehehe. Rasa macam tiga hari tak cukup and sampai laaaa ni rasa macam nak jumpa depa semua lagi. Bak kata seorang kawan ni, 



                                   "Muhsin SY JDT sentiasa di hati. 
                                    Yang berpisah itu jasad, 
                                    jiwa kalian sentiasa segar di hati" -Hamizah Idgihat




Haaaa, kumpulan Hang Lekiu. Eh tak tak, bukan. Kumpulan Hang Lekiut sebenarnya (taktahu kenapa terang sangat gambar ni hahaha)


Mini Reunion KMPh 






   


Gambar semua credit pada Abang Ubai hehe

Ok dah tu je dulu,

Semoga kita jumpa lagi, semoga diberi kelapangan untuk bersama-sama korang dalam next program. In shaa Allah

Till then, Assalamualaikum :)





A very fresh start

Assalamualaikum,


Sebenarnya dah lama simpan hasrat nak pakai blog ni secara istiqomah, tapi selalu je tak rajin nak buka. Memandangkan sekarang tengah rajin....So, let's have a freshhhhhh start hahahaha. Since I don't have any social medias macam facebook, insta, tuider (ada Whatsapp dgn Wechat je), I decided to use blog to share my thoughts, memories and so on. Nanti boleh lah duploh ke tigaploh tahun lagi, baca balik apa yang aku tulis ni lepastu gelak soraang sorang :')



So, hi fellow bloggers! Jom kita kawan hiks