Thursday, August 27, 2015

Present? For me?

Assalamualaikum!

Ehem ehem, harini special sikit. Sebab post ni khas untuk "someone"

Ceghita dia mula macam ni, semalam malam tengah aku baring sambil memikirkan segala dokumen nak masuk uni yang tak settle lagi (tipu je) tiba-tiba ada orang waksep. Terkejut juga, kenapa dia waksep tetiba ni? 

Bunyi dia macam ni....

"Assalamualaikum aisyah sayang..aisyah awak suka warna apa?"
*tiada penambahan dalam teks diatas hehe*

Jadi aku pun pung pang pung pang, dia terus hilang. Tiba-tiba dia muncul tanya soalan lain pula

"awak ada some words or quote yang awak minat?"

Terus aku blank. Rasa dia macam kena jawab sepiem buat kali kedua. Hahahaha aku ni hidup takde pun pegang pada satu-satu quotes/ayat pembakar semangat/seangkatan dengannya. As long as apa yang orang pernah cakap ke nasihat ke kat aku yang menusuk kalbu (acehwah) ha, kata-kata tu lah yang aku simpan dalam dalam dan pasakkan dekat otak. Tapi takkan lah nak senaraikan semua tu. Kesian pula dekat si penanya. Hehehe 

Ok back to topic, conversations kitorang berhenti setakat tu je. Tergantung hahahaha (aku ni macam cikgu bm tengah bagi komen dekat pelajar dia pasal karangan pula) Esoknya, which is harini lah....

Dia waksep lagi. Ha kalini aku bagi screenshot ok........ 



Yeah, cik mizah ni lah someone yang aku dok ceghita tadi! Pagi-pagi lagi dah buat kita tersengih macam kerang busuk. Yelah, birthday next month....tiba-tiba dapat hadiah awal. Kekeke

Aku tak minta pun dia buat, dia buat tanpa pengetahuan aku. Patut lah malam tu I can sense ada something yang mizah nak buat hahahahaha sweet sangat tau dia ni :')

To Hamizah Idgihat

Thank you for the header and watermark that you have made for me. And also, your doas and kind wishes. Serious terharu, tak tipu! Semoga jumpa lagi. UTM Skudai dengan rumah kita dekat je wak. Hahahaha

And here we go. The old header yang simple namateyyyy


Andddddd......

Blog, Henshin!


As you can see for now hehehehe

That's all for now. Assalamualaikum :)


p/s: The quote yang mizah tanya tu, aku tak mampu bagi jawapan. So, aku  cakaplah "Minta maaf mizah, takde yang spesifik. Tell you already, I am complicated" and she quoted it instead hahahaha



Thursday, August 20, 2015

Road to Degree

Assalamualaikum, 

Few days ago, semua student Matrikulasi, Asasi and yang seangkatan dengannya baru je dapat result upu. Ha two days before Muhsin lah. UPU keluar 11 Ogos and kitorang pergi Muhsin tu 13 Ogos hehehe

Result keluaq pukul 12 tengah hari, tapi pukul 4 baru aku dapat check sebab tengah kerja. Bukan time kerja tu tak boleh check tapi takut nanti dapat result tetiba sedih ke apa ke tak pasal pasal emosenel dekat tempat kerja pula. Haaaaa potong gaji! Masa check tu, takde perasaan langsung, mungkin sebab tak mengharap mana mana uni pun. Tapi, bila dapat je mesej dari incik 15888, aku baca sampai "Tahniah, ......" lepatu cecepat matikan. Tak ready mungkin (takut kecewakan mama ayah sebenarnya)


Then few minutes later, dah gain segala kekuatan yang ada (ceh), aku pun buka lah. Andddddd Alhamdulillah. Dapat pilihan pertama. Syukur sangat sangat! Alhamdulillah mama ayah pun suka :')




Tadaaaaaaa

Minta maaf awal awal, gambar tu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar berkongsi kegembiraan je. Pisyooooo! 

Korang semua doakan lah aku mampu buat ya. Doa aku mampu tamatkan pengajian dengan jayanya dan memberi kebaikan kepada ummah in shaa Allah! Tinggal seploh hari je lagi ni dekat rumah. Bakal rindu zaman zaman baru habis matrik dolu huk huk


Untuk kawan kawan lain, classmates, roomates......tahniah untuk korang semua juga ya. Belajar rajin-rajin nanti walaupun kita  tak dapat satu uni T^T


p/s: Sedekahkan al-fatihah buat mak angkat saya yang telah meninggal dunia pada malam saya dapat result ni. Belum sempat bagitahu dia pun. Al-fatihah :'(

Wednesday, August 19, 2015

Muhsin

Assalamualaikum


Haritu aku ada join satu program ni. Nama dia Mukhayyam Ukhwah sahabat Yadim (Muhsin) negeri Johor.  Mukhayyam tu dalam bahasa arabnya, ha kalau dalam bahasa melayu nya kita panggil perkhemahan. 

Mula-mula aku excited sangat tau nak pergi sana, tapi bila makin dekat tarikhnya makin risau pula. Yelah mana taknya, dalam banyak banyak peserta tu.....aku rapat dengan sorang je. Kang ada aku ikut  je dia pergi mana mana. 

Tapi bila dah jumpa dengan dia orang semua, Ya Allah macam satu family tauuuuu. Padahal baru kenal. Takde pun yang sombong ke yang bajet bagus ke. Semua nya hebat hebat, dan of course lah banyak ilmu yang bermanfaat aku dapat dari depa semua (terima kasih hehe)

Paling aku suka dan aku pasti peserta lain pun suka mestilah tak lain tak bukan lagi masa...Jungle Trekking. Ya Allah, sejak balik dari matrik haritu, tu lah impian aku. Ceh impian sangat hahaha. Teringin nak panjat gunung ha lepastu dekat kem ni dapat panjat panjat gunung. Memang seronok gila ah. Keluar keluar dari hutan tu terus nampak Laut China Selatan. Alamak, jatuh hati dengan ciptaan Allah....lawa sangaaaaaat!

Ha masa nampak laut tu, Ust Rasyid ada mentaddabur alam tentang laut yang terbentang luas depan kitaorang time tu.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah  Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami      tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
             -Al-Kahfi, ayat 109-

Itulah antara ilmu yang aku dapat dekat sana. Nak cerita semua tak cukup ni hehehe. Rasa macam tiga hari tak cukup and sampai laaaa ni rasa macam nak jumpa depa semua lagi. Bak kata seorang kawan ni, 



                                   "Muhsin SY JDT sentiasa di hati. 
                                    Yang berpisah itu jasad, 
                                    jiwa kalian sentiasa segar di hati" -Hamizah Idgihat




Haaaa, kumpulan Hang Lekiu. Eh tak tak, bukan. Kumpulan Hang Lekiut sebenarnya (taktahu kenapa terang sangat gambar ni hahaha)


Mini Reunion KMPh 






   


Gambar semua credit pada Abang Ubai hehe

Ok dah tu je dulu,

Semoga kita jumpa lagi, semoga diberi kelapangan untuk bersama-sama korang dalam next program. In shaa Allah

Till then, Assalamualaikum :)





A very fresh start

Assalamualaikum,


Sebenarnya dah lama simpan hasrat nak pakai blog ni secara istiqomah, tapi selalu je tak rajin nak buka. Memandangkan sekarang tengah rajin....So, let's have a freshhhhhh start hahahaha. Since I don't have any social medias macam facebook, insta, tuider (ada Whatsapp dgn Wechat je), I decided to use blog to share my thoughts, memories and so on. Nanti boleh lah duploh ke tigaploh tahun lagi, baca balik apa yang aku tulis ni lepastu gelak soraang sorang :')



So, hi fellow bloggers! Jom kita kawan hiks