Thursday, September 17, 2015

First Anatomy class

ASSALAMUALAIKUM!!!!!



Ok ok, I'm so excited rn. What I am gonna tell you is something that just happened. Memang freshhhhh gila. Aku baru balik dari fakulti and here I am straight to the laptop. Just to share what I was going through just now hahahaha

Cerita dia mula macam ni, pagi tadi before pergi kelas....aku tak tengok jadual untuk kelas petang. And time tu dah keluar bilik, so malas sikit nak masuk dalam bilik semula tengok jadual. So aku tanya kawan aku petang ni kelas dekat mana. Lepas dia cakap kelas dekat mana, aku just "Ohhhhh" without thinking anything

Masa lunch tu kawan aku tanya.....

*yang bold tu kawan aku, yang Italic tu aku yang jawab*

"Aisyah, kau dah tahu ke kau kumpulan berapa?"

"Kumpulan untuk apa ni?"

"Untuk kelas petang ni lah...."

"Ohhhh belum lagi, ada list tak?"

"Nah" *sambil tunjuk gambar list kumpulan*

"Oh aku Kumpulan A, troli 4"

"Petang ni kelas untuk kumpulan A, kitorang semua kumpulan B, B takde kelas petang ni"

Okkkk fine.....bestlah korang takde kelas kan.

***********************************************************

Datang seorang lagi kawan dekat aku tanya 

" Aisyah, kumpulan berapa?"

"Kumpulan A, troli 4" and at that moment baru aku macam....."Weh kenapa dia pecahkan kita pakai troli?"

"Oh kau taktahu ke? Troli tu mayat lah"

JENG JENG JENG!

Aku punya heartbeat macam stop for a second. Kah! Are you kidding me? Harini first day of the first class of the first semester kot. Takkan this fast kena buat semua tu? Aku ingat dia main main. Because as far as I know, the mayat is very precious, bukan senang nak dapat. So, takkan senang senang kita boleh bedah bedah mayat


Rupanya memang betul. Aku masuk Dissection Hall and terus pergi ke Troli 4. And memang ada mayat. Dia bukan mayat yang baru meninggal tu. Dia mayat yang dah diawet. Tapi dia still look real tho. Tak nampak macam patung. (Apende lah kau cakap ni cah, dah memang tu mayat betul, memang lah nampak real =.=') Lepatu, kitorang tak perlu pun bedah mayat tu, waktu dibagi pada kitorang memang dah siap kena dissect. Aku dah cuak ingat kitorang kena dissect sekali mayat tu hahahaha  After Dr. Fairuz explained, kitorang start to discover what's in the body. Aku ok je waktu masuk tu, ceh acah acah chill. Yelah, takkan nak takut pula. Benda tu yang memang aku akan hadap for the rest of my life kan if aku jadi doc In shaa Allah (Amin!)

But, the most important thing, memang Dr. Fairuz suruh berhati-hati while handling the bodies because they are delicate! Bila tgk real bodies ni, baru tahu the actual position and shape of the organs. How they looked like. Besar mana jantung, panjang mana usus besar kecik semua tu. I was too excited...that's why aku balik je terus cerita. Nice experience lahhhh. Serious! 


And of course lah, we're not allowed to take pictures. Hehehe just nak share what I was going through just now je. Sangat best! And I'm sure banyak lagi benda yang akan kitorang hadap nanti 



THE END

Byeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)

Saturday, September 12, 2015

KEM PPD UKM

Assalamualaikum gais and gurls!

Dekat dalam previous post kan aku ada cakap nak cerita pasal Perang Dectar. Tapi, video kami buat cheers tu takde. So, nak cerita macam tak syiooook gittew! So, cancel lah pasal Perang Dectar. Biar lah dia disimpan dalam ingatan cewahhhhh


So, ganti cerita dengan Kem PPD. PPD stands for Personal & Professional Development which is program wajib bagi semua student medik UKM. Untuk tahun kitorang, dia buat kem PPD ni dekat Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka. Kem tu kejap je, dari 9 Sept-11Sept. Kem ni dah start dibuat since 2005. Dah banyak tempat dah, Ada tahun tu buat dekat Negeri Sembilan, ada yang dekat Terengganu. Nasib baik aku punya dekat Melaka je so takde lah jauh sangat kalau lalu highway. Penat kot minggu lepas ada MMM, and minggu ni ada kem pula. Haaaaaaa



Ha ni lah muka muka yang sama sama gerak dari KTDI 2 pergi ke Asrama Jururawat. Jauh weh. Patah bahu bawa beg berat berat hahahahaha

Kitorang sampai melaka around 11.45 pagi macam tu lah. Yang bestnya pasal tempat kem kitorang tu, tidur dekat sana pakai AIRCOND BEB!! Aircond! Dekat kem kot, biasanya dekat kem kan pakai kipas. Makanya, malam tu semua tidur dengan aman dan sentosa 


About input dan aktiviti dekat Kem PPD tu so far aku rasa tak lari dari objectives lah. Sebab dalam kem ni kitorang didedahkan dengan apa tujuan kita nak jadi doktor? Lepastu macam mana life as clinical student nanti. And banyak lagi ah. Dia macam bagi kita preparations gittew so nanti takde lah masing masing (aku terutamanya) akan culture shock kan. Kah!


So, this is my Small Group Discussion (SGD) and yang paling tinggi tu lah our fasilitator, Dr. Fairuz Yahya


I really really reaaaaaaaaaallly hope that we can get along with each other through this one semester :)


Batchmate aku 2015/2016 (dengan tak move on lagi daripada pakaian rasmi baju biru and tudung putih xD)
And......kalau engkorang power. Carilah aku yang mana. Hahahahaha


Oh yeah lupa pula......sehari sebelum kitorang pergi Kem PPD ni, kitorang semua kena tengok movie Patch Adams. Cerita tu best and banyak good values dalam tu (except the last scene. Jangan engkorang buat time graduation day sudah. Hahahahaha)

Overall kem ni best lagi lagi dengan kem komandan yang sporting, Dr. Syamsa! " Baiknyerrrrrrrrrrrrrrr komandan" 4 harakat tauuuuu

Byeeeeee, Assalamualaikum! 


Sunday, September 6, 2015

ONE SEPTEMBER

Hai. Assalamualaikum!

So, I am officially student of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulillah, everything went well so far (sebab belum start kelas lagi) Hahahaha kalau dah start kelas, I don't know what will happen, since I asked one of my senior....dia cakap "Kau akan fikir untuk give up je lah". Ayat ni scaryyyyy weh, menghantui hidup aku untuk beberapa jam. 

Ok habis. Kita cerita pasal the first day aku dekat sini dulu eh. Memandangkan Johor-Cheras takdelah jauh mana sebab kan ada highway (kalau nak dibandingkan masa matrik dulu Johor-Gambang lagi lama and takde highway hahaha) so, my parents decided nak pergi pagi tu. Pukul 6.15 mcm tu, dah keluar rumah and arrived UKM Cheras around 10.30, waktu pendaftaran pulak pukul 11 pagi. 


Oh lupa nak cakap. Aku taktahu lah since bila, tapi medic untuk tahun 1 dan 2 dah digabungkan sekali dengan medic tahun 3,4 dan 5. Kalau tak sebelum ni memang medic first and second year dekat UKM KL. Lepas dah daftar tu, pemudah cara (PC) suruh letak barang apa semua dekat Kolej Tun Dr. Ismail 2 (KTDI 2). Yeah, my new "home" for another two years hehehe Bangunan dia cantik lagi, sebab katanya aku batch kedua yang duduk sini. Semua barang memang in good condition. Plus, bilik pun luas. 

Untuk minggu orientasi kitorang, it known as Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Nama pun minggu orientasi kan....confirm lah penat. Aku rasa dalam seminggu tu, cuma waktu first day je tak tido lambat. PC-PC lepaskan kitorang around 11.30 pm macam tu. Tapi hari hari seterusnya tu memang kalau belum jejak  pukul 2 lebih mmg belum tido lagi lepastu 5.45 pagi dah kena kumpul semula. Memang penat, penat gila! Tapi aku tahu, bukan aku sorang je yang penat hahaha

And untuk minggu orientasi, kitorang tak buat dekat Cheras. Hari kedua tu kitorang kena pergi UKM Bangi. And aku duduk dekat Kolej Pendeta Za'ba, kolej atas bukit. Kitorang pernah kena balik jalan kaki and daki bukit tu waktu slot Eksplorasi Kampus T.T


So far, I had fun lah sepanjang MMM sebab PC yang best best, group LDK yang masuk air hahahaha itu je kot untuk setakat ni. And I will make a special post of Perang Dectar, sebab this is the first time aku experience benda macam ni kot. Surely, benda ni yang akan aku paling ingat sepanjang MMM


So, done for MMM! Today is Sunday and let's have fun before class started. ("Fun" yang aku maksudkan ni ialah jom qada balik tido) Hahahaha

Nah gambar time Majlis Penutupan




Try to find me in these two pictures above!


That is me, right in front of the laptop hiks




Bye-bye, Assalamualaikum! ^^