Sunday, November 22, 2015

Sister-In-Law

Assalamualaikum gais!

This post is specially for my brother. Tahniah long, dah selamat diijabkabulkan. Hahahaha cerita dia abang aku kahwin, 30/10/2015. "Baru sekarang kau nak cakap tahniah cahhhh? Baru sekarang?!" Dah nak dekat sebulan dah.


dah lah tak dapat balik masa along kahwin T_______T

Masa along kahwin tu, hari Jumaat. Yelah, hari Jumaat kan Johor cuti. KL mana cuti. Sebab tu lah tak dapat nak balik. Bukan sengaja pun tak datang majlis along.....tapi ada juga lah terpikiaq nak ponteng kelaih. Tapi disebabkan attendance 100% dan aku bakal di-barred daripada exam kalau ponteng, maka aku pun batalkan niat. Tanya senior-senior, macam mana cara nak buat surat. Diorang semua kata banyak procedure. Lagi lah tambah-tambah sedih. Huk huk......

Hari khamis tu, sehari sebelum along kahwin, maka mulalah adegan drama yang menyayat hati *sobsob*


Tipulah kan kalau abang dah cakap macam ni, tapi engko tak sedih lagi haaaaaaa

Tapi nak buat macam mana kan, hm......seronok sangat dengar adik adik cerita semua ada time majlis. Atok, nenek, pakcik, makcik, sedara, sepupu sepapat, yang bau bau bacang semua yang aku pun ada tak kenal, semua datang haaaaaaaaa time bila lagi nak kumpul reramai macam tu. Kena tunggu turn aku pulak lah. #EH?


Tapi, sebagai seorang mahasiswi (aicehwah!), aku pun menyedapkan hati sendiri. "Takpe, seminggu je lagi....." sebab seminggu lepas along kahwin tu, aku akan cuti mid sem. Haaaaa time tu nak duduk rumah lama sikit pun takpe. Takde terkejar-kejar nak balik Cheras semula :')


So, itulah cerita seorang adik yang tak dapat menghadiri majlis abangnya.

Cuma nak cakap dekat sini,

Tahniah along dan kak mas! Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Hehehe semoga tabah dalam setiap ujian yang bakal korang tempuh bersama. Ok?


Sekian.

Assalamualaikum.


Nah belanja gambar sekeping


(diambil tanpa izin. Ampunnnnn hahahahaha)


Tuesday, November 10, 2015

Header baru

Assalamualaikum.


Saja je nak tunjuk header baru


Tengah cuba cuba pakai Photoshop, pasal kalau tak pakai selalu nanti confirm lupaaaaaa hahahahaha

Dekat header ni, semuanya aku just guna benda basic je. Transparent kan background, guna text, tambah BO sikit. And, that girl with red hijab.......of course lah bukan aku yang buat. I just googled it. And the credit goes to the owner which I don't know who. I'm sorrrrrrrrrrrry >.<

Ok dah, tu je

Bye, Assalamualaikum!

Kawad SUKEM

Assalamualaikum!

Hai semorang........

Pejam celik pejam celik, dah cuti mid sem dah pun aku ni. Dah dua module dah aku belajar.......Dah dua bulan dah aku dekat UKM tu. Cehhhhh cakap cam dah lama je en, tapi macam tak sedar pun. cepat je dah dua bulan. Nanti tiba-tiba je dah pakai jubah merah (Amin) hahahaha

Memandangkan aku tengah free sebab tengah cuti, maka nak update lah belog ni. Rindu sebenarnya nak bercerita :')

Haritu aku masuk SUKEM ( Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia). Dengar macam hebat je kan, tak-tak aku tak masuk pun olahraga, ke acara padang macam time dekat sekolah menengah dolu-dolu. Zaman Kegemilangan dah habis. Semenjak dah habis sekolah tu, lari sikit je pun aku dah pancit. Hahahahaha nampak lah pemalas nak prektis. Aku masuk kawad kaki je. Hahaha pada aku team kawad KTDI macam rileks, macam sempoi, takde pressure....tu yang masuk tu. 

Dekat sebulan juga kitorang prektis. Rasa macam lama kan? Tapi kejap je sebenarnya sebab kitorang cuma prektis dua kali seminggu. Itu pon dari 9-11 malam. Ye, korang tak salah baca. Memang kitorang prektis malam. Best kan? Muka pun tak sunburn. Tak payah susah susah beli sunblock. Hiks


Nah, belanja gambar sikit




Time ni dah habis dah perform dekat depan.

Cuak jugalah masa perform tu sebab dengan bising lagi. Aku tak dengor sangat apa komander cakap. Aku follow je dak depan hahahahahaha kalau salah tu pepandai ah cover, tapi nasib baik aku punya position dekat belakang


Dapat jumpa Mayaaaaaa lagi! 

Team Maya lah dapat no 1, KIY atau The Highlanders. Sebab kolej diorang dekat tempat paling tinggi katanya. Tu yang dapat nama macam tu

Team aku??? Kitorang pun not bad ok. Dapat third place, Alhamdulillah. We did our best. Hehehe tapi belum ada rezeki dapat first place kan


Taktahu kenapa, tapi aku paling kesian dekat mascot Tupai. Aku yang cuma pakai jaket tu pun dah kepanasan nokmateyyyy, lagi lah nak kena pakai mascot. Memang dehydrated habis ah, tak payah joging seminggu. Cukup pakai mascot sahaja. Hahahaha

Thank you, Tupai! Aku rasa tupai main peranan juga lah, masa kitorang buat performance tu, ada "Krik krik" moment kejap bila sepatutnya lagu kena play, tapi tak play. Si tupai ni lah dok buat lawak dekat depan, dengan aku aku sekali gelak dekat belakang.



#KTDIPerform 
  #GengMailLejen  
   #TupaiCokelatKiut   

Ini semua Syazeeeee punya hashtag hahahahahaha

Thank you guys bagi moments best best sepanjang kita prektis semua ni. Thank you juga geng-lepak-lepas-habis-kawad! Thank you Syazeeeeee! Maafkan salah silap, jumpa lagi tahun depang, in shaa Allah :D



Tunggu naik cuti mid sem, kita makan BBQ pulak yer hehehe

Assalamualaikum :)