Saturday, December 31, 2016

2 hours before 21

Sedar tak sedar, harini dah 31 Disember 2016 dah (lagi 2 jam nak masuk 2017). And you know what, I am going to be 21. Doploh satu weh!!!! Taktahu apahal, tapi rasa macam matang gila bila tahu dah nak 21 ni. Hahahahaha takpe muda lagi. Muda lagi umur dan semangatnya. Eh? 😄

So, allow me to take this advantage to thank all the people yang dah sama-sama ada dengan aku (thru my ups and downs), yang hadir dalam hidup aku and yang dah bagi memori dan pengajaran untuk aku simpan dan jadi lebih baik masa akan datang




Untuk GD, korang lah yang paling banyak bersama kita tahun ni. Membesar bersama, melakukan tanggungjawab kita bersama dan lain-lainnya. Terima kasih kerana dah menjadi penguat kita saat jatuh bangun kita, saat kita leka dan futur mengejar perkara yang tidak pasti, menghulurkan tangan dan meminjamkan bahu saat kita perlukan sangat sangat dan macam macam lagi. Walaupun penat, kita janji sama-sama takkan berhenti kan? Teruskan berjalan, teruskan maju kedepan sebab Allah tak pernah janjikan karpet merah disepanjang perjalanan kita.  Semoga tangan-tanganmu yang akan menarik aku masuk ke syurga Dia. Amin 💕






Telekung girls! (glamour sangat nama hahaha) Buat korang juga, kami beruntung punya kawan macam korang. Yang sentiasa mahu tahu tentang kebajikan kami, kami dah makan ke belum? Kami sihat/okay ke tidak? Yang akan care sangat tentang study kami Maafkan kami sebab tak selalu bersama, tapi korang sentiasa ada di hati kami (hiks) I truly appreciated all the kindness that you guys have done to me. Korang lah yang paling banyak tahu kelemahan kami, yang paling tahan dengan gurau kasar kami, yang tahan dengan segala pukulan/cubitan/sepakan kami (hahaha tipu je) and yet you guys are still here, beside me, supporting me all the way. Huuuuu mana nak cari kawan macam ni T^T Walaupun ada antara kita dah terpisah year, semoga itu bukan lah penyebab untuk kita berantakan. Kami tahu, banyak yang terjadi tahun ini, jadi kami doakan hati hati korang akan lebih kuat untuk menempuh tahun akan datang. Deep inside my heart, I had always wished that "that event" didn't happened but I know that everything happens for reasons.

p/s: "Kami" ialah cara bahasakan diri dengan telekung girls :3


"We are VICTORS!"
(sambil buat cheers and bunyi rubic cube Harith 😆)

Oh PBL-mate,  I had lotsa fun with you guys throughout this one whole semester, like seriously! Eventho kita dari batch yang berbeza, dan umur yang berbeza, tapi tak rasa pun perbezaan tu. Rasa macam kawan, tak rasa pun macam ada gap antara kita. And for that, thank you! Honestly, cuak gak masa kena kenal korang dekat kem PPD, sebab takut korang tak selesa dan aku pula awkward. Aku boleh syak korang nak tanya kenapa aku ada dekat kem tu for the second time, but nahhh you guys don't really care bout it pun. Instead, korang lah yang bagi semangat. Aku je yang overthinking hahahaha aku akan ingat macam mana riuhnya suara suara korang masa PBL, macam mana blur-nya muka Afiq everytime orang tengah buat discussion, gelak Mira, Nini, Hajar and Chieng and banyaklah lagi ragam yang lain-lain tu. And jangan mungkir janji untuk game kita. That's just between kita-kita je, okay? 


Yang ni taktahu nak bagi nama apa, but yeah, ini lah junior yang paling rapat masa diorang awal awal masuk dulu. Hahaha muka-muka GD lah yang bawa diorang pi tasik nak joging, masakkan makanan and etc. Korang dah ajar dekat GD banyak sangat makna. Rindu nak layan korang lagi huhuhu (and GD, if you know what I mean kekeke )






And untuk geng-geng SISPA jugak! Hahahaha serious penat SISPA ni, tapi seronok...sebab ada korang. Aiceh! Hahaha muka muka ni lah yang sama-sama berjemur masa dekat latihan medan, yang sama-sama kena buat A&D, yang sama sama sesat masa explorace. Tashabarrrrr nak tauliah cepat-cepat! Setahun je lagi. Chaiyok! Jom lah sama-sama habiskan sispa ni walaupun semua rasa dah barai dah kena keluar duit banyak sangat hahaha.


And of course, banyak lagi orang yang aku nak berterima kasih. I hope you know who you are in my life, even sometimes I failed to show/express it properly hahaha. Just know that, without you, my 2016 is so dull. I learned so much from you, that without those experiences, I don't think I can be much wiser than before. Forgive me, if I take too long to become better. Slowly but surely, okay? 👀

Semoga kita jumpa lagi masa 2017 hehe 👋👋👋
















Tuesday, September 6, 2016

Manusia

ASSALAMUALAIKUM


Tugas kita itu lebih besar dari study. Kita ini bukan diciptakan oleh Dia untuk study semata. Ya, ilmu itu penting. Tetapi ilmu tanpa amal juga tiada gunanya kan? Begitu juga beramal tanpa ilmu.


Jangan kecilkan skop kebolehan kita sedang kita sebenarnya boleh buat bermacam benda, kalau kita luaskan horizon pemikiran kita. 



Stop doubting yourself, Aisyah.

Thursday, September 1, 2016

To special person


Dulu masa mula-mula masuk uni, aku tak boleh adapt langsung dengan environment dekat sini. CULTURE SHOCK! Tak boleh adapt dengan sistem belajar, sistem exam, sistem kawan dan macam macam sistem lah hahaha memang mental gila ah time tu. Berpuluh kali juga aku give up. Apa orang nasihat semua aku takleh hadam. Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukan sebab aku taknak terima, tapi sebab aku tak reti nak apply. Mungkin sebab first time kena macam ni? Idk….

And then, came this one person to me. Aku tak kenal dia sangat pun. Tapi, apa yang dia ni ajar dekat aku ialah belajar  kenal erti “Jangan putus asa!”. Aku selalu rasa yang orang tak faham apa yang aku rasa. Entah? Aku rasa macam tu. Mula mula masa dia ni approach aku pun, selalu juga dia bagi nasihat.  And yeah, benda sama jadi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mungkin sebab aku tak kenal dia. Tapi, aku appreciate lah apa dia buat. Dia tunjuk lah effort yang dia nak tolong aku.

Entah macam mana, lama-lama aku mula sedar aku dah boleh adapt. Slowly. And eventually. Lama juga lah proses dia. Outcome-nya mungkin aku bukanlah hebat macam orang lain yang sekali belajar dah boleh masuk, but at least I’m not like my old self. Yang tak faham apa-apa, yang selalu takde confidence, yang tak berani nak suarakan pendapat.

So,

I wanna thank you for every single thing that you have done to me. The efforts. The advices. The memories. The foods (hahaha). And all the things and knowledges that you have taught me. I appreciated it a lot. Seriously, you helped me a lot. Uncountable. I’m sorry that I’m not a good friend for you, sometimes. Or mungkin all the time? Hahaha sorry selalu buli dan tak dengar cakap and selalu bagi kau stress and selalu buat orang semua risau and you name it, I’m sorry okay. Aku tahu aku nakal.  I might not repay all your kindness that you have done towards me. All that I can do is to make du’a for you. May you always be in His blessings.  I’m seriously hoping and praying for your happiness in this dunya and hereafter.

Banyak jasa kau. Tak pernah aku rasa terhutang budi dekat orang macam ni sekali (other than my parents and family of course). Thanks sebab selalu support aku, dan percaya aku even when aku sendiri tak percaya kebolehan diri sendiri :')

HAPPY BIRTHDAY PANDA!


May Allah swt protects you from any harm, may Allah grant you His Jannah, and may all your wishes come true. If you ever need anything, just know that I’m here, ready to help you. Okay?

Rasa macam nak wish banyak lagi, tapi takpe. Next time pula Hahaha


*Of course you're cuter than this panda. Hiks*

Tuesday, August 30, 2016

Senyum.

Assalamualaikum


Siapa sangka, benda yang paling kita taknak dia jadi....dah pun terjadi. Betul. Kita merancang. Dia pun merancang. Dan sebaik-baik perancang itu adalah Dia. 


I couldn't make it to second year. . . . . 


Takpe. Ambil positif. Ada sesuatu yang Allah nak ajarkan pada kita. Cuma, kita kena lapangkan hati seluas-luasnya untuk lihat apa yang Allah sedang cuba ajarkan. Mesti ada hikmahnya. Allah takkan uji kalau hamba Dia tak mampu kan. Yakinlah, Allah takkan letak kita disalah tempat. Dia tahu, kalau kita stay lagi banyak kebaikannya daripada kalau kita sambung. So, percaya dan yakin je dengan apa yang Dia dah tentukan. 

Repeat year kot. REPEAT YEAR---satu tahun/12 bulan/365 hari. Bukan satu benda yang kecil. Lagilah course ni amik masa selama lima tahun. Dah cukup lama dah tu. Tiba-tiba kena tambah lagi setahun. Siapa tak mental. Nak fikir umur graduate lagi HAHAHAHA but you know, that's the best for me. Bcs He knows the best for me. For you. Dia dah mention dah dalam surah al- Baqarah. 



"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216) 


Kalau Dia bagi mengikut apa kemahuan kita, binasa lah kita. Sebab kita taktahu apa yang akan berlaku  akan datang. So. all you have to do is to be patient. Good things come to those who wait, aite? Allah tu kan sentiasa bersama sangkaan hamba-hamba Dia. So sentiasa lah bersangka baik kepada Dia :)


Sometimes, you have to fall in order for you to GROW UP!


Semoga terus tabah. Masih jauh lagi perjalanan. Jangan putus asa. Kita belum gagal lagi. Kegagalan yang sebenar tu bila kita mula untuk putus asa, dan berhenti mencuba. Masa tu, betul lah loser.



Jangan risau, Allah sentiasa ada :)





*always remember the reason why you are here, so that you can keep moving*

Monday, August 29, 2016

Faith

Assalamualaikum

Kadang kita rasa, usaha kita dah cukup banyak untuk dapatkan sesuatu tu.Kadang kita rasa...kita dapat sesuatu tu semua atas usaha kita. Kita rasa puassss. 


Tapi,



Kita selalu lupa.....yang hasil kita dapat tu.....bukanlah atas usaha kita semata. Bukan nak cakap usaha tu tak penting, tapi kita rasa hasil tu cuma dari kita. Kita lupa tu semua Dia yang bagi. Kita lupa nak bersyukur.




Bila kita diuji, mulalah kita kata "Allah tak sayang aku, Allah tak adil dengan aku. Kenapa aku yang kena". Terus kita lupa semua nikmat dan kesenangan yang Dia dah bagi. Daripada sekecil-kecil nikmat sehingga lah sebesar-besarnya. Yang kalau nak ditulis dan disenaraikan memang takkan ada habisnya. Itulah manusia. Padahal ujian tu datang kerana Allah sayangkan kita. Allah nak uji keimanan kita. Beruntung lah dia yang diuji, dan ujian itu mendekatkan lagi diri dia pada Sang Pencipta.



:')

Monday, March 7, 2016

SH


Assalamualaikum


Persahabatan yang indah itu bila kita bersahabat kerana Dia, yang bersama-sama kita di jalan yang sama, yang bersama-sama kita untuk bantu kita even just by lending their ears and shoulders, yang bergaduh tapi 2 saat lepastu dah baik semula Hahahaha

I may not be a good friend for you guys, but surely I'll do my best to be one ^^


Semoga "HARI ITU" menjadi titik tolak untuk kita sama-sama mengorak langkah untuk lebih kehadapan. 















*memang penuh lah kan muka aku, since I'm the one yang pegang monopod tu*





And, this one is one of the best photos of us :'D



Aku tahu apa yang dah dipertanggungjawabkan pada kita itu berat, tapi apa yang dihujungnya itu sesuatu yang sangat bernilai dan memerlukan pengorbanan kita. Jadi, jadikan itu kekuatan untuk kita usaha sehingga semaksimanya.

47:7


Aku tahu persahabatan itu tak selalu indah, sentiasa diuji.....tapi semoga ujian itulah yang menguatkan kita, ok? 


Senyum :)







Friday, February 26, 2016

TRON WEEK

Assalamualaikum and Hi!

My new semester has started with Tron Week. Hahaha naik-naik cuti je terus dah busy dengan program. Fyi, I am the exco multimedia for program Tron Week ni hahahahaha This is my first time I guess. Selalunya, aku tolong jadi peserta je kekeke sejak bila tah pandai berkecimpung dekat benda camni :'D

Sejak cuti semester lagi dah busy  sebenarnya. We supposed to settle the poster before habis sem. Tapi sebab bos baik kan, dia taknak lah kacau our study for final. Tu yang habis final, kena kerah idea for posters pulak hahahaha Bukan setakat kerah, poster dah siap and kena reject betulkan semula pun ada tau. Dekat 3 kali. Nasib aku tabah hahaha




These are some of the posters that we were working together. Berpeluh-peluh otak. Ceh
Program ni berjalan dari 15-20 hb tapi masa 20 tu je yang busy sikit. Sebab hari yang lainnya tu, cuma ada Tron Fair and we shared some #tronfact dekat our FB page. Sambutan dia boleh tahan ah, I didn't expect that at first hahaha.







Masa 20 hb tu, pepagi buta lagi kitorang dah pergi Auditorium sebab nak set up semua barang. Abas offer naik lambo dia, so takde lah kitorang kena menapak pergi sana. Dah wangi-wangi kan hiks. Nervous juga time tu. Yelah, kot lah tiba-tiba salah handle ke, ada file yang hilang ke. And memang betul pun jadi gitu......hahahaha Nasib baik dah ada backup (thanks Am, sebab banyak tolong)

Program ni ada dua sesi. Yang pagi tu Dr. Gadget and belah petang pula Photoshop Workshop. Masa sesi pagi tu ok lagi. Time dah petang tu dah letih rasa macam nak melantakkan semende :'D
Tapi Alhamdulillah, aku tak melantakkan lagi hahahaha

Ha ni masa sesi pagi tu, belum ada yang datang lagi That's why kosong ok hahaha






And this one masa sesi petang






Masa sesi petang ni, program relax santai informal je. Sebab dia cam kelas gitu en. So siapa yang datang tu, kitorang ajar lah basic skills nak guna photoshop. Tapi aku pun takde lah power mana nak ajar orang, aku pun belajar sekali xD

And, the program ended....hahaha tapi in between tu ada lah kitorang buat cabutan bertuah lah and paling epic sekali, bila makanan for peserta tak sampai lagi. So, untuk hilangkan bosan, we turned the Auditorium into cinema hall weh. For the sake of entertainment katanya ahahahahaha



MY LOVELY TEAM 


*muka tak senonoh*


*muka senonoh*

Paling best of course bila program dah habis. Legaaaaa and dapat banyak new experience lah untuk aku yang noob dalam handling program ni kan. Hahahaha






Thank you semua!! Kita jumpa lagi next program ok? In shaa Allah

And, that's all. Assalamualaikum ^^












Saturday, February 13, 2016

Pesanan untuk diri


Assalamualaikum!

It's been awhile ya since I last updated hahaha (pemalas tu simpan sikit cah)

Esok aku dah nak balik uni semula, cuti sem satu dah habis. Singkat tapi best. Taktahu lah nak rasa apa balik esok. Nak kata sedih tu, tak juga. Nak kata happy tu, lagi lah tak. Hahahaha haritu dah semangat dah nak balik uni, konon nak struggle lah untuk sem dua. Tapi........hm, tengok gaya masa sem satu, macam takleh pergi jauh je *tampar muka sendiri* Positif sikit aisyah! Hahahaha 


Sem dua ni dah tukar pbl baru, dah dengan orang baru. Dah lah tak berapa kenal hahaha semoga tak awkward and senyap je nanti xD Jangan lah memain lagi nanti, rajin-rajin lah bertanya dekat orang, rajin-rajin jugalah otak tu berfikir. Janganlah nak semua benda tersedia depan mata cah oi T.T

Taknak repeat year. Phew..... Kalau orang lain boleh, kau pun boleh, ok? *monolog diri* 
Takut sikit sebenarnya nak masuk sem dua. Benda belajar dah makin detail, takut takleh bawa. Sedangkan sem satu pun dah macam apa.......

Tak sanggup nak tengok harapan yang orang dah letak dekat aku hancur lebur macam gitu je. I should have try harder!

Doakan lah untuk diri ini yer tsk tsk Semoga berjaya dunia akhirat. Taknak lah kejar ilmu dunia, ilmu akhirat diketepikan, ye dok?

Dah, tu je. Bye


Salam sem dua untuk kawan kawan yang lain.