Tuesday, August 30, 2016

Senyum.

Assalamualaikum


Siapa sangka, benda yang paling kita taknak dia jadi....dah pun terjadi. Betul. Kita merancang. Dia pun merancang. Dan sebaik-baik perancang itu adalah Dia. 


I couldn't make it to second year. . . . . 


Takpe. Ambil positif. Ada sesuatu yang Allah nak ajarkan pada kita. Cuma, kita kena lapangkan hati seluas-luasnya untuk lihat apa yang Allah sedang cuba ajarkan. Mesti ada hikmahnya. Allah takkan uji kalau hamba Dia tak mampu kan. Yakinlah, Allah takkan letak kita disalah tempat. Dia tahu, kalau kita stay lagi banyak kebaikannya daripada kalau kita sambung. So, percaya dan yakin je dengan apa yang Dia dah tentukan. 

Repeat year kot. REPEAT YEAR---satu tahun/12 bulan/365 hari. Bukan satu benda yang kecil. Lagilah course ni amik masa selama lima tahun. Dah cukup lama dah tu. Tiba-tiba kena tambah lagi setahun. Siapa tak mental. Nak fikir umur graduate lagi HAHAHAHA but you know, that's the best for me. Bcs He knows the best for me. For you. Dia dah mention dah dalam surah al- Baqarah. 



"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216) 


Kalau Dia bagi mengikut apa kemahuan kita, binasa lah kita. Sebab kita taktahu apa yang akan berlaku  akan datang. So. all you have to do is to be patient. Good things come to those who wait, aite? Allah tu kan sentiasa bersama sangkaan hamba-hamba Dia. So sentiasa lah bersangka baik kepada Dia :)


Sometimes, you have to fall in order for you to GROW UP!


Semoga terus tabah. Masih jauh lagi perjalanan. Jangan putus asa. Kita belum gagal lagi. Kegagalan yang sebenar tu bila kita mula untuk putus asa, dan berhenti mencuba. Masa tu, betul lah loser.



Jangan risau, Allah sentiasa ada :)





*always remember the reason why you are here, so that you can keep moving*

Monday, August 29, 2016

Faith

Assalamualaikum

Kadang kita rasa, usaha kita dah cukup banyak untuk dapatkan sesuatu tu.Kadang kita rasa...kita dapat sesuatu tu semua atas usaha kita. Kita rasa puassss. 


Tapi,



Kita selalu lupa.....yang hasil kita dapat tu.....bukanlah atas usaha kita semata. Bukan nak cakap usaha tu tak penting, tapi kita rasa hasil tu cuma dari kita. Kita lupa tu semua Dia yang bagi. Kita lupa nak bersyukur.




Bila kita diuji, mulalah kita kata "Allah tak sayang aku, Allah tak adil dengan aku. Kenapa aku yang kena". Terus kita lupa semua nikmat dan kesenangan yang Dia dah bagi. Daripada sekecil-kecil nikmat sehingga lah sebesar-besarnya. Yang kalau nak ditulis dan disenaraikan memang takkan ada habisnya. Itulah manusia. Padahal ujian tu datang kerana Allah sayangkan kita. Allah nak uji keimanan kita. Beruntung lah dia yang diuji, dan ujian itu mendekatkan lagi diri dia pada Sang Pencipta.



:')