Tuesday, June 13, 2017

Final

Assalamualaikum


I'll be having my final today. Doakan yang baik-baik. Semoga Allah mengilhamkan pada kita untuk menjawab dengan tepat in shaa Allah. 


Tak kisah lah soalan susah, atau kita tak sempat baca benda tu, atau kita tak berapa sihat pada hari tu or any other difficulties that you're facing through masa nak exam, just...hadirkan perasaan yang Allah ada bersama- sama dengan kita. It helps to reduce our stress, like a lot! Sebab kita tahu there's nothing yang boleh ubah apa yang Allah nak bagi pada kita. Despite what's our condition at that time. 


In shaa Allah apa apa pun yang kita dapat; mahu yang kita suka atau tidak suka semoga kita dapat berlapang dada


Hasbunallah wa ni'mal wakil 💖




*Doakan saya dan kawan kawan lain dapat naik tahun dengan jayanya in shaa Allah


Saturday, June 10, 2017

Nak balik please

I miss them so much 😭



Rindu nak berborak sama sama dekat rumah.

Rindu nak makan masakan mama.

Rindu nak makan sama-sama sekali.

Rindu nak teman mama pergi pasar.

Rindu nak dengar ayah bagi nasihat dan kata-kata semangat.

Rindu nak tengok dua muka yang menyenangkan hati dan menenangkan jiwa ni.



Rindu.....


Being the only daughter yang jauh dan paling jarang ada dekat rumah tu of course sedih.


But, 


I know why I am here.



Mama, ayah....doakan uda. I'll try my best to give "the very bestest" I can for you two 💕


Semoga segala pengorbanan ayah dan mama untuk uda, Allah balas dengan Syurga Dia yang paling tinggi!


Sabar aisyah, sabar. 13 hari lagi dah boleh balik okay? Final is next week. Pray for us budak budak first year and second year yang akan final serentak. Semoga tabah mengharungi study week yang berbaki dua hari je lagi ni. Wewwww


And to my batchmates and ex-batchmates, Allah yuftah alaikum! Jangan risau pada hasil (results) yang kita akan dapat sebab itu bukan urusan kita. 


Berusaha sehabis baik dan semampunya, dan letakkanlah kebergantungan kita pada Dia. Kemudian, bertawakkal lah dengan segala apa yang telah kita buat berniatkan kerana Dia. 


Sebab tawakkal itu tak berdiri sendiri. Tawakkal itu hadir setelah ada dua benda ni; 1) kebergantungan kita pada Dia dan 2) usaha tu.


Dan dalam keserabutan baca lecture notes tu, berdoalah semoga kita diberi kefahaman, bukan hanya untuk exam semata-mata. Semoga ilmu-ilmu medic yang kita dapat tu memberi manfaat pada kita dan dapat kita gunakan untuk memberi manfaat pada orang lain juga.


Semoga Allah permudahkan segalanya! Amin 💪

Wednesday, June 7, 2017

Strong

Assalamualaikum

Dah enam bulan dah meniti 2017 huhu. Dan dalam masa enam bulan ini juga banyak peristiwa besar dalam hidup jadi (kind of besar lah juga, at least pada aku) 

Ada yang gembira (sampai tersangat gembira) 

Dan, ada yang sedih (sampai tersangat sedih tsk tsk) saat ditimpa ujian

Dua dua mengajar aku tentang hidup ini. Dua dua mengubah aku, dari cara fikir aku, dari sudut pandang aku, dari segi aku membuat keputusan.... And now I do believe jadi adults ni tak senang 💔 

We are responsible for what we had decided. Aku ni dah lah sejenis manusia yang selalu follow the flow je. And it is quite hard for me untuk ambil kisah benda yang before this aku tak ambil kisah. 20 tahun hidup macam tu, tiba-tiba kena ubah, of course it's gonna take time. 

Sometimes tu sampai aku benci diri sendiri sebab aku kena jadi bukan diri aku. I feel like I lost myself. Waktu tu, mental breakdown juga lah Т.Т 
Rasa macam nak lari jauh jauh (pergi mana tu taktahu) hahaha and I just can't believe that I survived. Phew

.......


Satu pelajaran besar yang aku dapat, yang memang menusuk kalbu and memang akan sentiasa dipasakkan dalam hati ni....

" Dan Kami tidak membebankan seseorang melainkan menurut kesanggupannya dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya dan mereka tidak dizalimi (dirugikan) "  
- Al-Mukminun:62

Bila kita rasa ujian yang sangat menyesakkan dada sampai kita dah tak mampu nak tanggung, dah tak mampu nak bangkit semula, dah tak mampu nak berkata-kata apatah lagi tersenyum... ingatlah ayat ni. Memang ayat ni common, tapi kalau kita hayati guna hati, ayat ni sangat meng-comfortkan hati hati yang ketika itu dah barai dan pecah seribu sehingga masa tu kita tak nampak harapan nak cantumkan hati kita semula. 

Itulah Maha Penyayangnya Allah. Dia tak pernah biarkan hamba-hamba Dia bersedih sendirian. Dia pujuk kita dengan katakan segala ujian yang ditimpakan pada kita tu, walau sebesar apa pun dia... semua tu kita mampu tampung. Sebab apa? Sebab Allah dah kata Dia takkan uji sesuatu yang hamba Dia tak mampu *nangis*


Kita yang selalu letak limit pada diri kita. Kita yang letak border dan kata "Okay, ni limit aku. Aku cuma mampu sampai sini je" . Tapi hakikatnya, kita tak pernah tahu pun apa kebolehan kita, dan setahap apa kita boleh hadapi. Kadang ujian tu datang untuk kita discover kekuatan diri kita, yang mungkin saja sebelum ni kita tak pernah nampak/tahu.


No matter what, apa yang kita perlu buat ketika diuji is SABAR. And TERUS BERSABAR. Teruskan berjalan. Pasti akan ada cahaya menanti kita dihujung sana. Yakinlah....segala kesedihan kita itu akan berakhir.

Pernah dapat satu quote ni, tapi aku rephrase sikitlah sebab tak ingat ayat penuh dia. "Hidup ini seperti hari siang dan malam. Apabila siang dan cahaya terang benderang, ketahuilah cahaya itu akan berganti dengan malam. Begitu juga malam yang gelap-gelita. Siang pasti akan muncul semula"

Nak katanya, akan ada je phase dalam hidup kita tu, ada ups (saat siang yang cerah, signifikan dengan kegembiraan) and downs (saat malam yang signifikan dengan kesedihan) nya. Bila kita tengah berada dalam kegelapan (as in diuji), yakinlah kita takkan selamanya ada dalam kegelapan tu. Kegembiraan tu pastikan muncul semula. Dan begitu juga masa kita tengah gembira. Cherish that moment, because it won't last forever.

Dah tu je.


Cuma nak pesan.... Selamat bermujahadah semua. Buatlah apa-apa pun asalkan niat hanya untuk Dia. Kerana Dia tidak pernah mengecewakan kita. Stay strong everybody.

Some flowers grow best in sun, others do well in the shade. Allah always knows what's best for us, so He puts us where we grow the best.  🌈



I would thanked to those that stayed with me through my toughest time. May Allah grants his Jannah to all of you.