Saturday, June 10, 2017

Nak balik please

I miss them so much 😭



Rindu nak berborak sama sama dekat rumah.

Rindu nak makan masakan mama.

Rindu nak makan sama-sama sekali.

Rindu nak teman mama pergi pasar.

Rindu nak dengar ayah bagi nasihat dan kata-kata semangat.

Rindu nak tengok dua muka yang menyenangkan hati dan menenangkan jiwa ni.



Rindu.....


Being the only daughter yang jauh dan paling jarang ada dekat rumah tu of course sedih.


But, 


I know why I am here.



Mama, ayah....doakan uda. I'll try my best to give "the very bestest" I can for you two 💕


Semoga segala pengorbanan ayah dan mama untuk uda, Allah balas dengan Syurga Dia yang paling tinggi!


Sabar aisyah, sabar. 13 hari lagi dah boleh balik okay? Final is next week. Pray for us budak budak first year and second year yang akan final serentak. Semoga tabah mengharungi study week yang berbaki dua hari je lagi ni. Wewwww


And to my batchmates and ex-batchmates, Allah yuftah alaikum! Jangan risau pada hasil (results) yang kita akan dapat sebab itu bukan urusan kita. 


Berusaha sehabis baik dan semampunya, dan letakkanlah kebergantungan kita pada Dia. Kemudian, bertawakkal lah dengan segala apa yang telah kita buat berniatkan kerana Dia. 


Sebab tawakkal itu tak berdiri sendiri. Tawakkal itu hadir setelah ada dua benda ni; 1) kebergantungan kita pada Dia dan 2) usaha tu.


Dan dalam keserabutan baca lecture notes tu, berdoalah semoga kita diberi kefahaman, bukan hanya untuk exam semata-mata. Semoga ilmu-ilmu medic yang kita dapat tu memberi manfaat pada kita dan dapat kita gunakan untuk memberi manfaat pada orang lain juga.


Semoga Allah permudahkan segalanya! Amin 💪

No comments:

Post a Comment

You can leave your comments here :)